Kenapa Orang Kampar Banyak di Perak dan Pahang?
Di Pahang
Menurut Tome Pires (Armando Cortesao, 1944: 253) Sultan Mahmud Shah mempunyai isteri tiga orang,
- Pertama, Puteri Raja Pahang yang mempunyai seorang putera bernama Raja Ahmad. Seorang lagi adalah puteri yang dikahwinkan dengan Raja Abdullah (Raja Kampar).
- Kedua, puteri Onang Kening (putera Raja Kelantan) yang mempunyai putera diberi nama Raja Muzaffar, dan beberapa orang puteri.
- Ketiga Dengan Tun Fatimah, Baginda mempunyai seorang putera bernama Raja Ali.
Di Perak
Dari Kampar putera Baginda, Raja Muzafar berangkat menuju negeri Perak untuk membangun Kerajaan Perak. Persoalannya adalah apakah Raja Muzafar di jemput atau diusir?
Dalam Sejarah Perak dikatakan, bahawa Sultan Muzaafar Shah dimakamkan di Tanah Abang, Mukim Lambor, Daerah Perak Tengah pada kordinat (04º 18.357` N dan 100º 54.428` E) dan pada ketinggian 71 kaki di atas permukaan laut. Batu Nisan ini bukanlah batu nisan asal sebab batu nisan asal Sultan Muzaffar Shah berbentuk batu Aceh dan sudah patah dan retak-retak, sebagaimana dilaporkan Jeragan Abdul Shukor 1907 (JMBRAS, No. 48, 1907: 98). Oleh sebab itu tidak termasuk data yang dianalisis dalam tulisan ini.
Berdasarkan kajian kami terhadap makam yang berada di sebelah Timur makam Baginda ditemukan informasi sebagai berikut. Pada batu nisan kepala penampang utara terdapat kalimat dalam bahasa Arab “Ulya Sultan Mansur Lii Muzoffar walquro” (Guru Besar Sultan Mansur dan Sultan Muzafar beserta seluruh kerabat di-raja). Pada penampang Timur disebutkan “almulya alfirok (pada peperangan yang mulia) dan pada penampang atas terdapat kalimat “huwana`kuumu (beliau ikut mendirikan). Dari sepenggal kalimat-kalimat itu, dapat kami analisis dan simpulkan bahawa makam disebelah timur, Sultan Muzafar Shah adalah makam Guru Besar (Agama) Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Syah dan semua kerabat diraja. Sayang tiada nama disebutkan dalam batu nisan itu.
Tetapi menurut R.O. Winstedt (1918: 49-63) nama guru agama Sultan Muzafar Shah adalah Sayid Husain al-Faradz. Apakah makna batu nisan itu bagi membuktikan bahawa pengasas negeri Perak? Entri pointnya pada kalimat “huwana`kuumu” dan almulya alfirok”. Kalimat itu menegaskan bahawa beliau, maksudnya Guru Besar Sultan Muzafar Syah turut mendirikan (Kerajaan Negeri Perak) dan ini bermakna Sultan Muzafar Syah adalah pengasas Kerajaan Perak, mungkin juga bersama-sama dengan putera baginda Raja Mansur, yang kemudian menjadi Sultan Perak yang ke-2.
Sebuah kalimat yang berbunyi ‘almulya alfirok’ bermaksud bahawa Guru Agama Sultan Muzafar Syah wafat dalam peperangan yang mulia
Komentar
Posting Komentar